Text
WAHYU ILAHI pada pencakmar ayat ayat syaithan Salman Rusdie
WAHYU ILAHI -
pada mencakmar 'Ayat-Ayat Syaitan' Salman Rushdie
Buku 'WAHYU ILAHI' ini mengandungi butir-butir yang penting untuk menolak kekarutan yang dicipta oleh khayalan Salman Rushdie menerusi bisikan-bisikan syaitannya. Dengan menerbitkan 'The Satanic Verses' (Ayat-Ayat Syaitan), Salman Rushdie telah sengaja menghina Islam, Nabi Islam dan Malaikat Jibril, yang secara langsung telah menghina Tuhan, yang me-rupakan suatu dosa yang tiada ampunan lagi, dan hukumannya tiada lain dari hukuman mati. Di samping itu ia juga telah merendahkan taraf isteri-isteri Nabi yang suci, para sahabatnya dengan menempelkan kepada mereka dengan tuduhan-tuduhan yang palsu.
Buku 'WAHYU ILAHI' ini selain menjawab semua kepalsuan si zindik Salman Rushdie ini masalah demi masalah serta menelanjangi pemikirannya yang sesat dan gila itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan umat Islam dari hal bahaya yang dirancangkan oleh musuh-musuh Islam terhadap kaum Muslimin dan agamanya yang suci.
Buku 'WAHYU ILAHI' ini sama sekali bukan bercorak propaganda untuk membalas kepalsuan dengan kepalsuan, malah ia merupakan semacam pendedahan fakta-fakta ke-benaran yang mungkin anda masih belum mengetahuinya.
Buku 'WAHYU ILAHI' ini wajib dipunyai oleh sekalian kaum Muslimin untuk dibaca berulang kali dan diingatkan supaya semua fakta-fakta yang didedahkan itu menjadi penawar kepada setiap hati yang mempunyai perasaan cemburu terhadap Allah, RasulNya dan agamanya yang suci itu.
Tidak tersedia versi lain