Text
79 Puisi hajri/ Sandy firly
79 PUISI adalah jumlah puisi yang tertera dalam buku bertajuk 79 PUISI. Pelbagai bentuk puisi disalin dari minda ke dataran kertas yang cuba menggambarkan sejumlah perluahan emosi yang disusun sejak Disember 2008 sehingga Jun 2010 sehinggalah ia diterbitkan pada Julai 2010. Buku yang sebanyak 104 halaman, terbitan Tahura Media menjelaskan dalam SEKADAR CATATAN bahawa kumpulan79 PUISI ini disusun semula oleh sahabat karibnya SANDI FIRLY yang juga merupakan editor buku ini. Menurut Sandi, penyusunan puisi berdasarkan urutan waktu (bulan dan tahun) dibuat sedemikian rupa agar pembaca boleh membaca jejak kreativiti Hajri. Hmm… kebijakan yang dikongsikan bersama… sehingga ada satu puisi Hajri yang tidak diberi judul, telah dijudulkan sendiri oleh Sandi iaitu CINTA YANG DUNGU (halaman 39), yang pastinya telah dipersetujui oleh Hajri. Saya bertanya sendirian…. KENAPA YA HAJRI, PUISI TERSEBUT TIDAK DIJUDULKAN ? Lalu saya membaca puisi tersebut…. Subhanallah, indah sekali bicara katanya, saya jadi termangu menelaah isian makna yang mengesankan itu. salut untukmu Hajri
Tidak tersedia versi lain