Text
Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimpinan
Menyedari hakikat inilah buku Pengetua Sekolah: Menangani Isu dan Cabaran Kepemimpinan ditulis. Ia menyentuh pelbagai aspek pendidikan yang penting yang perlu diketahui oleh setiap pengetua sebagai pemimpin pendidikan di peringkat akar umbi. Bahagian pertama menghuraikan perkara-perkara asas seperti dasar, matlamat, objektif, falsafah, wawasan dan reformasi pendidikan dalam hubungannya dengan visi masa depan negara sebagaimana yang digambarkan oleh Wawasan 2020. Bahagian kedua membincangkan isu semasa yang meliputi pelbagai bidang termasuk falsafah, sosiologi, psikologi dan pengurusan pendidikan. Di sini, sebahagian besar huraiannya ialah mengenai kepentingan, konsep, analisis dan kaedah menanganinya. Seorang pengetua dirasakan masih tidak lengkap tanpa pengetahuan mengenai perkara-perkara ini. Hal ini menjadi lebih jelas jika dia melihatnya dari sudut yang lebih luas. Ia juga memaparkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang pengetua dalam menangani sesuatu isu yang timbul. Bahagian ketiga membicarakan kepemimpinan khususnya tugas-tugas kepengetuaan yang meliputi pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perkara-perkara yang disentuh termasuk teori dan amalan kepemimpinan, kepemimpinan Islam dan contoh kepemimpinan sekolah yang berjaya.
Tidak tersedia versi lain