Text
Bagaimana menjadi wali
MUSUH-MUSUH ISLAM telah berjaya memisahkan umat Islam dari roh agama Islam. Hanya salut luar sahaja Islam tetapi isinya telah diganti oleh isma-isma thoghut.
Dengan kata lain, intipati agama yang berkait rapat dengan persoalan-persoalan kerohanian seperti hakikat dan makrifat terasa begitu asing dari realiti kehidupan. Wali dan karamah pula dianggap sesat dan dongeng. Ia diperlakukan seperti kudis pada tubuh yang perlu dibuang. Pupusnya ilmu ini dari pengetahuan telah mengakibatkan umat Islam sangat mudah diperkotak-katikkan oleh musuh, kerana mereka sudah tidak tahu membina kekuatan sendiri lagi.
Sejarah hancurnya kerajaan Islam Bani Umaiyah di Sepanyol (Eropah) di tangan umat kristian sangat baik dijadikan pengajaran. Kerajaan Islam Bani Umaiyah dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah di Sepanyol tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan disebabkan lemahnya sistem pentadbiran, tentera atau ekonomi tetapi disebabkan lemahnya kekuatan rohani umat Islam ketika itu. Hidup mereka terpisah dari persoalan kerohanian dan hanya semata-mata bergantung kepada kekuatan lahiriah. Akibatnya, Allah tidak bantu mereka ketika dilanyak musuh.
Buku "BAGAIMANA MENJADI WALI" ditulis agar persoalan-persoalan kerohanian tersemai kembali ke dalam akal dan jiwa umat Islam hari ini, supaya proses pembentukan Dunia Baru Islam dapat disegerakan.
Tidak tersedia versi lain