Text
BICARAWARA SAINS ISLAM:Menerobos Kerdipan Sejarah dan Falsafah Sains yang Mengubah Dunia
Bicarawara memaparkan sejarah, falsafah dan perbincangan sains tamadun Islam yang dikembangkan menerusi paradigma yang bersepadu antara aspek naqli dan aqli, iman dan amal, kualitatif dan kuantitatif.
Bidang arkeologi, botani, zoologi, mantik, pertanian, pelayaran, matematik, falak, kosmologi, geologi, fizik, kimia pendidikan, perubatan dan ketamadunan dikembangkan oleh ilmuwan Islam sebagai sumbangan agung umat terhadap peradaban dan pemikiran dalam kerangka kesatuan ilmu yang padu.
Tradisi ilmu ini bersinar gemilang dalam sejarah peradaban umat lalu menerobosi ke seluruh pelosok alam dalam pengembangan ilmu dan peradaban. Kerdipan bintang umat Islam menghiasi langit dunia.
Barat akhirnya menerima sinar gemilang tersebut menerusi Andalusia lalu mengubah sejarah Eropah serta memperluaskan sempadan ilmu mereka.
Ilmu diwarisi generasi demi genarasi dan demikianlah tamadun global hari ini terbina, Bicarawara Sains Islam mengajak pembaca merenungi sejarah silam sebagai panduan dalam pembentukan tamadun sejagat yang dihiasi ilmu dan hikmah, akhlak dan kemuliaan serta berfungsi ke arah kesejahteraan sejagat.
Tidak tersedia versi lain